Gaharu or Agarwood (or just Agar) is the resinous heartwood from Aquilaria trees, large evergreens native to southeast Asia. The trees occasionally become infected with mold and begin to produce an aromatic resin in response to this attack. As the infection grows, it results in a very rich, dark resin within the heartwood.

Khamis, 14 Oktober 2010

Apa Dia Gaharu?

Gaharu atau kayu karas adalah sejenis pohon yang mengeluarkan resin atau minyak yang sangat harum. Jangka masa bagi pohon gaharu ini untuk mengeluarkan resin atau minyak mengambil masa sehingga berpuluhan tahun. Tetapi, dengan mengunakan teknologi inokulan, jangka hayat bagi pokok gaharu ini boleh mengeluarkan hasil hanyalah mengambil masa ke 5-7 tahun.
Gaharu datang daripada genus aquilaria. Jenis- jenis yang biasa dan dikatakan paling bermutu merupakan aquilaria malacensis. Spesies-spesies yang lain adalah A. Hirta, A. Beccariana, A. Rostrata, A. Microcarpa A. Subintegra dan A Crassna. Dari dulu dan sekarang, tumbuhan gaharu adalah pokok yang termahal di dunia. Dengan itu pokok gaharu sering di lebalkan sebagai duit atas pokok. Permintaan terhadap gaharu ini memang banyak dan kebiasaannya datang daripada negara-negara Timur Tengah seperti arab Saudi, Taiwan dan Jepun. Kerana permintaan gaharu ini tidak mencukupi, harga gaharu telah meningkat dari setahun kesetahun sehinggakan harganya lebih mahal daripada emas.
Pokok gaharu adalah sangat penting kerana keluasan pengunaannya dari segi perubatan, wangian, minuman kesihatan (teh Gaharu) dan bermacam-macam lagi.
Kebanyakan pokok gaharu ini boleh dijumpai di negara Asia,khususnya Asia Tenggara yang mana dianugerah dengan pokok karas atau gaharu. Ini kerana pokok ini rata-ratanya boleh hidup subur di negara Asia Tengggara sahaja. Negara paling banyak mengeluarkan gaharu ialah Vietnam, Malaysia, Indonesia,Kemboja, dan Thailand. Adakah baiknya jika negara kita Brunei Darussalam ikut serta dalam industri gaharu sedangkan tanah kita memang sesuai untuk penanaman gaharu ini dan mungkin boleh bersaing dengan mana-mana negeri pengeluaran yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan